Sebanyak 6 peserta wakil dari Singapura akan tampil dan turut bertarung di ajang D'Academy Asia 4 Indosiar. Ada 6 negara peserta yang terlibat mengirimkan 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program yang diberi nama "D'Academy Asia" menuntut peserta membawakan lagu bergenre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste.Pada tahun ini Singapura mengirimkan 6 orang peserta terdiri dari 4 orang peserta wanita dan 2 orang peserta lelaki yang dipilih mengikut keunikan suara dan kualiti suara untuk bertanding di D'Academy Asia 4. Mereka adalah : 1. Maia Lee, 2. Nazirul Zainal, 3. Ilyza, 4. Andri Darwisy, 5. Lia Qarisha, dan 6. Ezah Ahmad.
Setiap negara menghantar seorang mentor sebagai komentator di D'Academy Asia 4. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia) , Rita Sugiarto (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Elvy Sukaesih (Indonesia), Nassar (Indonesia), Mas Idayu (Malaysia), Rosalina Musa (Singapura), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Kun Yee (Thailand). Manakala untuk penjurian ialah Hendro Saky (Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia), Zul 2by2 (Malaysia), Kerry (Thailand), Hans Anuar (Brunei Darussalam), Mayuni Omar (Singapura), Didinho (Timor Leste).
#Lihat pula : Biodata 36 Peserta DA Asia 4 - Dangdut Academy Asia 2018


