Sebanyak 6 peserta wakil dari Brunei Darussalam akan tampil dan turut bertarung di ajang D'Academy Asia 4 Indosiar. Ada 6 negara peserta yang terlibat mengirimkan 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program yang diberi nama "D'Academy Asia" menuntut peserta membawakan lagu bergenre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste.
Pada tahun ini Brunei Darussalam mengirimkan 6 orang peserta terdiri dari 1 orang peserta wanita dan 5 orang peserta lelaki yang dipilih mengikut keunikan suara dan kualiti suara untuk bertanding di D'Academy Asia 4. Mereka adalah : 1. Hisyam Xavier, 2. Izzul Tiftazani, 3. Wafy Zaidy, 4. Afiq Wafi, 5. Wawa Musa, dan 6. Krunn Muhammad.
Program ini telah berlangsung sejak tahun 2015 yang lalu dan perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Danang DA1, Naib Juara iaitu Lesti DA1 dan tempat Ketiga perwakilan Malaysia iaitu Shiha Zikir. Manakala pada tahun 2016 sekali lagi perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Weni DA3, Naib Juara Rani DA3 dan tempat Ketiga Irsya DA3. Tahun 2017, sekali lagi perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Fildan DA4.
Setiap negara menghantar seorang mentor sebagai komentator di D'Academy Asia 4. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia) , Rita Sugiarto (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Elvy Sukaesih (Indonesia), Nassar (Indonesia), Mas Idayu (Malaysia), Rosalina Musa (Singapura), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Kun Yee (Thailand). Manakala untuk penjurian ialah Hendro Saky (Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia), Zul 2by2 (Malaysia), Kerry (Thailand), Hans Anuar (Brunei Darussalam), Mayuni Omar (Singapura), Didinho (Timor Leste).
#Lihat pula : Biodata 36 Peserta DA Asia 4 - Dangdut Academy Asia 2018